TARIKH PEPERIKSAAN SEBENAR SDEA & SDKA

PEPERIKSAAN SDEA : 23 NOV - 26 NOV 2010

PEPERIKSAAN SDKA : 20 DIS - 23 DIS 2010

3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    22 Nov tu cuti Hari Keputeraan Sultan Johor kan? Adakah tarikh peperiksaan ini ditundakan ke 23-26 Nov?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Satu soalan dari saya. Jika anak saya tidak dapat hadir pada tarikh peperiksaan dijalankan, adakah anak saya layak untuk memohon memasuki Darjah Khas kerana sepanjang pengajian darjah 6 yang diambil, anak saya telah mencapai keputusan yang memuaskan.
    Ini berdasarkan syarat syarat masuk ke Darjah khas adalah seperti dibawah:

    Kemasukan Pelajar
    Urusan pendaftaran masuk bagi pelajar-pelajar baru hendaklah dibuat pada bulan Februari dua minggu setelah keputusan rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) negeri Johor diumumkan.
    Pelajar yang ingin mengulang belajar di Darjah Khas Agama Negeri Johor, hendaklah mendaftar tidak lewat dua minggu setelah keputusan rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Negeri Johor diumumkan.
    Setiap pendaftaran hendaklah menggunakan Borang Permohonan Kemasukan ke Darjah Khas Negeri Johor (BPJAJ/DK). Borang permohonan kemasukan ke Darjah Khas Agama boleh didapati di Pejabat Pendidikan Agama Daerah atau di Sekolah-sekolah Agama yang ada peperiksaan darjah enam. Hanya borang yang lengkap diisi dan telah disahkan oleh Guru Besar, layak diproses pendaftarannya. Borang kemasukan ke Darjah Khas hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran di sekolah-sekolah Agama yang menawarkan Darjah Khas dengan membawa dokumen asal dan disertakan salinan dokumen yang telah disahkan:
    Slip keputusan Peperiksaan SDEA atau Penyata kemajuan murid,
    Sijil Berhenti Sekolah Agama
    Kad pengenalan atau sijil kelahiran .

    Kelayakan
    Warganegara Malaysia. Bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan.
    Lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya 50% sebelum 2005
    Lulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005

    atau

    Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
    Bagi calon yang tidak memenuhi syarat di atas, maka disyaratkan calon tersebut berumur sekurang-kurangnya genap 20 tahun pada tarikh tutup pendaftaran dan lulus ujian kelayakan atau berpengalaman mengajar di Sekolah Agama Kerajaan Johor selama sekurang-kurangnya genap 2 tahun.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum;
    Bilakah keputusan peperiksaan SDEA 2010 akan diumumkan? Terima kasih.

    ReplyDelete