Program Doa Selamat & Tahlil serta Gotong-royong

Assalamualaikum GURU-GURU AGAMA DAERAH JOHOR BAHRU.

MAKLUMAN PENTING:
Program Doa Selamat & Tahlil serta Gotong-royong 
Membersihkan Tanah Perkuburan Mahmoodiah sempena 
Menyambut Keputeraan DYMM Sultan Johor Tahun 2012.

Anjuran Unit Pengurusan Sekolah dengan Kerjasama 
Majlis Guru-guru Agama Daerah Johor Bahru.

Tarikh : 3/12/2012
Masa. : 7.30 pg - 12.00 tghari
Tempat : Tanah Perkuburan Mahmoodiah Johor Bahru.

Semua Guru Besar diminta hadir bersama 3 org Guru Penolong 
atau lebih. Sila bawa sendiri peralatan yg diperlukan. Kehadiran 
adalah WAJIB dan DIREKODKAN.

Harap Maklum..

Pengemaskinian Blog

Dimaklumkan kepada pelawat Blog PPADJB ini, pengemaskinian
blog Rasmi PPADJB sedang dijalankan berdasarkan garis panduan
yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Negeri dan Unit Sains dan
Teknologi Negeri Johor. Pihak kami memohon maaf di atas sebarang
kesulitan semasa anda melayari blog ini.

Sebarang makluman berkenaan aktiviti dan pertanyaan boleh terus
menghubungi Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru melalui
alamat yang tertera di blog ini.

Harap Maklum.



-admin-

Tahniah dan Syabas kepada mereka yang telah mengembelingkan tenaga dan ideal dalam menjayakan Majlis Perasmian Sekolah Agama Taman Molek.Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan dengan pembalasan yang paling terbaik.Jika ada kekurangan dan kealpaan dipohon maaf .
Bengkel Peperiksaan siri 3/2012 akan diadakan pada 20hb Mac hingga 22 hb Mac 2012 bertempat di Hotel Selesa pasir Gudang .Senarai Nama Guru Yang Terlibat:-
1.Ustaz Muhamad Tuah Atan
2.Ustaz M.As-sadiqi Sidon
3.Ustaz Salehim Abu
4.Ustaz Hairul Anuar Abd.Rahman
5.Ustazah Hajah Rusilah Omar
6.Ustazah Hajah Hasni Rugrib

Selamat Berbengkel semoga berjaya.
Ujian Setara Mac 2012 akan bermula dari 20 hb Mac hingga 23 Mac 2012
Jadual Ujian Setara Mac
22.03.2012 (selasa) Tulisan Jawi Darjah 1-3 Pendidikan Al-Quran Darjah 4-6

21.03.2012 (Rabu) Tauhid Darjah 1-6

22.03.2012 (Khamis) Bahasa Arab Darjah 1-6

23.03.2012 (Jumaat) Ibadat Darjah 1-6

Peringatan :
1.Kertas Soalan boleh diambil di PPADJB pada 15.03.12 (Khamis)
2.Tolong ingatkan kepada murid-murid darjah 1-3 sila bawa pensel warna
3.P&P berjalan seperti biasa
4.Tiada dibenarkan samada guru atau murid pulang awal.

Penandaan SDEA dan Cross Check

Pada semua pengawas yang telah diamanahkan untuk menanda kertas soalan SDEA sila hantar ke pusat penandaan yang ditetapkan .Cross Check akan dibuat pada 12 dan 13 Dis 2011 di Pusat Penandaan yang telah ditetapkan.Sila hubungi ketua Pusat Penandaan masing-masing jika terdapat apa-apa masalah atau berhubung terus dengan Ust Hj Mohd Tuah .Sekian terima kasih.Semoga anda mendapat rahmat dan keredaan Illahi.

Peperiksaan SDKA

Adalah Peperiksaan SDKA (Bertulis) sedang berjalan mulai 29 No 2011 hingga 5 Dis 2011.

Harap maklum

Terima Kasih

Pihak Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia-penyelia yang telah berkhidmat di PPADJB...Sumbangan dan Bakti yang dicurahkan tidaklah dapat dibalas dengan kata-kata..

Semoga pertukaran yang berlaku ini tidak akan memutuskan hubungan silaturrahim yang telah dibina...


Tilawah Al-Quran

Adalah dimaklumkan Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Murid-Murid Sekolah Sekolah Agama Daerah Johor Bahru akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

1. Zon 2 - 18 April 2011 - Sekolah Agama Pasir Gudang 1
2. Zon 3 - 19 April 2011 - Sekolah Agama SRAB Johor Bahru
3. Zon 4 - 20 April 2011 - Sekolah Agama Taman Skudai Baru
4. Zon 1 - 21 April 2011 - Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa, Kg Melayu Majidi.

Harap Maklum

SEMAKAN DATA CALON DJH 1-5, SDEA & SDKA

Semakan Data Calon Darjah 1 Hingga 5 , SDEA & SDKA Tahun 2011 di Pusat Kegiatan Guru PPAD JB. pada 11 April 2011 .

*Guru Besar dan Setiausaha Peperiksaan Sekolah dikehendaki hadir.

*Sila bawa cap sekolah dan cap Guru Besar serta Laptop Sekolah.

*Pastikan Borang Semakan Data Calon telah lengkap diisi dan tepat jumlahnya.

*Sekian Makluman Dan Terima Kasih.

TAHNIAH

Tahniah Kepada Calon-calon SDKA dan Sekolah-sekolah yang mendapat keputusan Cemerlang.

PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN SDKA 2010

Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama Tahun 2010 :

Isnin
07hb Mac 2011
Sekolah Seri Molek Senggarang Batu Pahat

Sekolah-sekola Agama Daerah Johor Bahru boleh mengambil keputusan tersebut di pejabat pada 08 Mac 2011.

Sekian Terima Kasih.

BENGKEL KEMASKINI MARKAH SDKA

1- Bengkel kemaskini markah SDKA di PKG PPADJB
tarikh 18-19 Januari 2011 (Selasa -Rabu)

2- Bengkel Kemaskini Markah SDKA di Hotel Selesa Pasir Gudang
Tarikh : 24-27 Januari 2011 (Isnin - Khamis)


Peserta Bengkel adalah mengikut Lampiran Surat Arahan.

Sekian Makluman Terima Kasih.

TAKLIMAT PENILAI SDKA 2010

Taklimat dan penandaan kertas skrip peperiksaan SDKA 2010 :

Hari : Isnin

Tarikh : 10 Januari 2011

Masa : 8.00 pagi ( Guru petang )
3.00 ptg ( Guru pagi )

Tempat : Pusat Kegiatan Guru PPAD JB

Semua Pengawas SDKA dikehendaki hadir mengikut masa yang ditetapkan .

sekian makluman dan terima kasih.

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada warga SRAB JB di atas kejayaan anak didik memperolehi 5A UPSR 2009.

dari,
-WARGA PPADJB-





*Gambar dari fb srabjb

PERUBAHAN JADUAL PEPERIKSAAN SDEA

Peperiksaan bermula 23 November 2010 (Selasa) Hingga 26 November 2010 (Jumaat)

Selasa - Ibadat dan Akhlak

Rabu - Tauhid dan Sirah

Khamis - Muamalat/Munakahat/Jenayat dan Tajwid

Jumaat - Bahasa Arab dan Tafsir

* JADUAL BOLEH DIAMBIL :

DI PEJABAT PENDIDIKAN AGAMA DAERAH JOHOR BAHRU (PPADJB)

Permohonan Ke SMAKJ Kluang, Maahad Pontian SMA Parit Raja

Adalah dimaklumkan permohonan ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang, Maahad Pontian serta ke Sekolah Menengah Agama Parit Raja hendaklah mengisi borang yang telah disediakan oleh pihak Pejabat Pendidikan Agama Negeri Johor(PPAJ).

Borang tersebut boleh dimuat turun melalui Blog Rasmi PPADJB ini atau mendapatkannya di PPAJ.

Syarat-Syarat permohonan adalah seperti berikut :

-:klik untuk Syarat-Syarat Kelayakkan :-

TARIKH PEPERIKSAAN SEBENAR SDEA & SDKA

PEPERIKSAAN SDEA : 23 NOV - 26 NOV 2010

PEPERIKSAAN SDKA : 20 DIS - 23 DIS 2010